Monday, May 3, 2010

KELAHIRAN KE LIMA


Alhamdulillah, aku kini sudah memiliki 5 orang cahayamata yang menjadi cahaya penerang hidupku. Kelahiran terbaru, Ahmad Aqil Ahnaf pada 30 Mac pada 11.50 malam begitu bermakna dalam liputan sejarah keluargaku. Segala dugaan dapat ditempuh dengan penuh rasa syukur yang tidak dapat diucap dengan kata-kata. Kini aku semakin sibuk mengurus rumahtangga agar lebih sempurna disamping membiasakan diri dengan jadual yang lebih padat. Terima kasih buat suami tercinta kerana sikap bertimbang rasa dalam segala hal.

Buat anak-anak kalian adalah sumber inspirasi ibu dalam segala-galanya. Semoga Allah memberi kekuatan extra buat ibu untuk memikul tanggungjawab yang begitu berat ini.

Monday, January 4, 2010

Selamat Datang 2010

Hari ni sesi persekolahan bermula lagi.......anak kecil aku yang baru berumur 4 tahun mula menjejakkan kaki buat pertama kalinya di sekolah tadika Kembara. Gembira , seronok dan teruja dapat ku lihat dari gerak lakunya. Budak2 sekarang, memang cukup berani!!!! Cukup menghantarnya di depan pagar.... dia terus memimpin tangan `teacher' nya (biarpun baru hari ini mengenali cikgu tersebut) masuk ke dalam kelas. Aku tinggalkan dia, terus ke sekolah.
Di depan pintu pagar sekolah... ibubapa telah lebih awal memenuhi kawasan sekolah. Emmm.. ramai betul! Fenomina biasa di awal sesi persekolahan. Time ni fikiran aku mula menerawang terkenang zaman kanak-kanak...........