Monday, November 19, 2012

Hari ini keputusan UPSR diumumkan. Biar pun agak lewat atas sebab-sebab yang tertentu, namun keputusan hari ini memang sangat-sangat dinantikan. Satu-satunya anak perempuanku juga merupakan pelajar yang kecut-kecut perut menanti keputusan diumumkan. Apa taknya..hari ini juga bermulanya Peperiksaan yang tidak kurang pentingnya di negeri Johor. Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Selepas selesainya exam tadi, semua pelajar dikumpulkan di surau sekolah untuk pengumuman keputusan UPSR. Awal2 lagi aku dah diberi `amaran' untuk tidak menghadirkan diri. Itu permintaannya. Pada aku..dia tetap anak perempuan ku yang paling `kiut' walaupun keputusannya hanya 4A 1B. Dia sudah buat yang terbaik. Aku dapat melihatnya setiap hari... kesungguhan yang ditunjukkan memang tidak dapat dinafikan. Dia memang bersungguh2 berusaha. Di sini lah aku terapkan betapa kuasa Allah mengatasi segala2nya. Biar pun dia sukar menerimanya tetapi tazkirah dari ku memang terkesan dihatinya. Aku nak dia redha. Alhamdulillah... malam ini dia kembali ceria.

gambar ketika darjah 2 memenangi acara bercerita

Tuesday, August 23, 2011

RAMADHAN KALI INI

RAMADHAN HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA. EMMM...TERASA MASIH BELUM PUAS BERADA DI DALAMNYA. SEGALA NIKMAT ALLAH YANG MAHA PEMURAH KIAN MENEMUI PENAMATNYA. ADUH!..SEDIH DAN HIBA TERASA. ADAKAH AKU BISA MENEMUI RAMADHAN DI TAHUN HADAPAN. YA..ALLAH KAU PANJANGKAN LAH USIAKU SEMOGA AKU DAPAT MENEMUI RAMADHANMU SEPERTI MANA RAMADHAN YANG SUDAH-SUDAH. SAAT-SAAT AKHIR INI AKU MEMOHON AGAR AKU DIBERI KESEMPATAN UNTUK MEMPERBANYAKKAN AMALANKU SESUNGGUHNYA KAU YANG MAHA MENGETAHUI AKAN ISI HATI INI.

Monday, May 3, 2010

KELAHIRAN KE LIMA


Alhamdulillah, aku kini sudah memiliki 5 orang cahayamata yang menjadi cahaya penerang hidupku. Kelahiran terbaru, Ahmad Aqil Ahnaf pada 30 Mac pada 11.50 malam begitu bermakna dalam liputan sejarah keluargaku. Segala dugaan dapat ditempuh dengan penuh rasa syukur yang tidak dapat diucap dengan kata-kata. Kini aku semakin sibuk mengurus rumahtangga agar lebih sempurna disamping membiasakan diri dengan jadual yang lebih padat. Terima kasih buat suami tercinta kerana sikap bertimbang rasa dalam segala hal.

Buat anak-anak kalian adalah sumber inspirasi ibu dalam segala-galanya. Semoga Allah memberi kekuatan extra buat ibu untuk memikul tanggungjawab yang begitu berat ini.

Monday, January 4, 2010

Selamat Datang 2010

Hari ni sesi persekolahan bermula lagi.......anak kecil aku yang baru berumur 4 tahun mula menjejakkan kaki buat pertama kalinya di sekolah tadika Kembara. Gembira , seronok dan teruja dapat ku lihat dari gerak lakunya. Budak2 sekarang, memang cukup berani!!!! Cukup menghantarnya di depan pagar.... dia terus memimpin tangan `teacher' nya (biarpun baru hari ini mengenali cikgu tersebut) masuk ke dalam kelas. Aku tinggalkan dia, terus ke sekolah.
Di depan pintu pagar sekolah... ibubapa telah lebih awal memenuhi kawasan sekolah. Emmm.. ramai betul! Fenomina biasa di awal sesi persekolahan. Time ni fikiran aku mula menerawang terkenang zaman kanak-kanak...........

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Setiap kali nak sambut Hari Guru pastinya aku terkenang akan wajah-wajah yang pernah mengajar aku dulu. Aku sering menyimpan hasrat untuk menemui mereka lagi. Aku cukup rindu saat-saat persekolahan yang pernah aku lalui. Masih ada lagi kah guru-guru ku dulu?
Aku .... ya aku juga kini adalah seorang guru. Adakah anak-anak didik yang pernah aku didik dahulu memikirkan saat-saat indah bersamaku dulu?
Kepada semua yang bergelar guru.... SELAMAT HARI GURU !!!!!!!

Wednesday, April 29, 2009

Sekelumit cuma

Dalam seminggu ni otak aku agak penat. Bukan penat pasal cik abang jauh berkursus tapi penat memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk seorang murid ni. Macam-macam aku dah buat masih belum menampakkan hasil yang boleh dibanggakan. Inilah dugaan yang paling mencabar sepanjang aku bergelar guru pemulihan. Aku tak akan mengaku kalah dalam perjuangan ini.

Petang tadi ketika kelas Bahasa Melayu, dia memang nampak benar-benar hendak belajar. Seronoknya dia sebab dah boleh sebut 5 perkataan kv+kv. Aku kena buat kerja lebih sikit untuk dia sorang ni.... Aku memang nak dia boleh mencapai target aku... Aku kesian tengok dia ni. Semua cikgu komplen tentang dia. Ishh! Aku memang tak berminat bab-bab komen mengomen ni. Dalam hal-hal begini aku suka memberikan pendapat yang positif. Tu sebab aku sebenarnya tak berapa suka gi keluar rehat sebab tak suka dok dengar perkara-perkara yang membosankan. Cubalah bincang bagaimana hendak mempertingkatkan mutu pengajaran kita di kelas, kan bagus tu.....

Nasib baik aku ni pandailah juga berinternet.... banyak info yang aku dah gunakan dalam kelas. Any way aku cukup respect pada my hubby. Dialah pendengar setia time aku dalam keluh kesah. Dia selalu memberi perangsang dan dorongan untuk terus usaha bersungguh-sungguh dalam membenteras celek huruf! Ohhh..... rindunya aku kat dia!

Monday, March 30, 2009

Menggalakkan perkembangan berkarya bagi anak-anak kecil


Berkarya..... Anak-anak kecil juga boleh dirangsang mindanya. Bagaimana?.. Cara yang mudah aku buat ialah dengan menyediakan doh yang aku uli sendiri. Caranya mudah je. Sediakan bahan berikut : 3 cawan tepung gandum,

1/3 cwn garam

2 sudu makan minyak sayuran (minyak masak pun boleh)

1 cwn air

7 titik pewarna

Semua bahan diuli sehingga menjadi doh yang cantik. Ajaklah anak-anak kecil kita berkarya. Menguli adalah salah satu melembutkan jari-jari mereka. Bila seronok menjalankan aktiviti bersama tentunya impaknya juga memberangsangkan. Kanak-kanak akan mudah belajar melalui aktiviti yang menyeronokkan. Yang pastinya bahan-bahan yang kita guna tidak bertoksik dan murah. Apa tunggu lagi.. cubalah hari ini bersama anak-anak.