Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Setiap kali nak sambut Hari Guru pastinya aku terkenang akan wajah-wajah yang pernah mengajar aku dulu. Aku sering menyimpan hasrat untuk menemui mereka lagi. Aku cukup rindu saat-saat persekolahan yang pernah aku lalui. Masih ada lagi kah guru-guru ku dulu?
Aku .... ya aku juga kini adalah seorang guru. Adakah anak-anak didik yang pernah aku didik dahulu memikirkan saat-saat indah bersamaku dulu?
Kepada semua yang bergelar guru.... SELAMAT HARI GURU !!!!!!!

Wednesday, April 29, 2009

Sekelumit cuma

Dalam seminggu ni otak aku agak penat. Bukan penat pasal cik abang jauh berkursus tapi penat memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk seorang murid ni. Macam-macam aku dah buat masih belum menampakkan hasil yang boleh dibanggakan. Inilah dugaan yang paling mencabar sepanjang aku bergelar guru pemulihan. Aku tak akan mengaku kalah dalam perjuangan ini.

Petang tadi ketika kelas Bahasa Melayu, dia memang nampak benar-benar hendak belajar. Seronoknya dia sebab dah boleh sebut 5 perkataan kv+kv. Aku kena buat kerja lebih sikit untuk dia sorang ni.... Aku memang nak dia boleh mencapai target aku... Aku kesian tengok dia ni. Semua cikgu komplen tentang dia. Ishh! Aku memang tak berminat bab-bab komen mengomen ni. Dalam hal-hal begini aku suka memberikan pendapat yang positif. Tu sebab aku sebenarnya tak berapa suka gi keluar rehat sebab tak suka dok dengar perkara-perkara yang membosankan. Cubalah bincang bagaimana hendak mempertingkatkan mutu pengajaran kita di kelas, kan bagus tu.....

Nasib baik aku ni pandailah juga berinternet.... banyak info yang aku dah gunakan dalam kelas. Any way aku cukup respect pada my hubby. Dialah pendengar setia time aku dalam keluh kesah. Dia selalu memberi perangsang dan dorongan untuk terus usaha bersungguh-sungguh dalam membenteras celek huruf! Ohhh..... rindunya aku kat dia!

Monday, March 30, 2009

Menggalakkan perkembangan berkarya bagi anak-anak kecil


Berkarya..... Anak-anak kecil juga boleh dirangsang mindanya. Bagaimana?.. Cara yang mudah aku buat ialah dengan menyediakan doh yang aku uli sendiri. Caranya mudah je. Sediakan bahan berikut : 3 cawan tepung gandum,

1/3 cwn garam

2 sudu makan minyak sayuran (minyak masak pun boleh)

1 cwn air

7 titik pewarna

Semua bahan diuli sehingga menjadi doh yang cantik. Ajaklah anak-anak kecil kita berkarya. Menguli adalah salah satu melembutkan jari-jari mereka. Bila seronok menjalankan aktiviti bersama tentunya impaknya juga memberangsangkan. Kanak-kanak akan mudah belajar melalui aktiviti yang menyeronokkan. Yang pastinya bahan-bahan yang kita guna tidak bertoksik dan murah. Apa tunggu lagi.. cubalah hari ini bersama anak-anak.

Saturday, February 28, 2009

JALAN MENCINTAI NABI (Sempena Maulidul Rasul)


Langkah pertama untuk mencintai Nabi SAW ialah dengan memohon agar dicintai Allah terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah yang membolak-balikkan hati dan Dialah yang mengurniakan rasa cinta ke dalam hati. Mohonlah dipermudahkan agar kekasih-Nya, Rasulullah SAW juga menyintai diri kita sebagai umatnya. Barulah dengan itu menjadi mudah untuk kita menyintai kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Terdapat banyak hadis daripada Rasulullah SAW berkenaan dengan doa memohon kasih sayang Allah. Antaranya, daripada Abdullah bin Yazid al-Khutami ai-Ansari r.a.: Daripada Rasulullah SAW bahawa baginda berkata di dalam doa baginda: "Ya Allah! Berilah aku cinta-Mu dan cinta orang yang dicintanya memberikan manfaat kepadaku di sisi-Mu. Ya Allah, apa yang engkau kurniakan kepadaku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia kekuatan bagiku dalam hal yang Engkau senangi. Ya Allah, apa yang Engkau hindarkan dariku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia lowongan bagiku untuk hal yang engkau senangi."

(Riwayat Tirmizi)

Catatan 2009

A'kum.

Pembuka bicara bagi tahun 2009. Kengkangan masa... Jari jemari ni dah tak sabar2 nak mulakan berbloging. Dari awal tahun hingga la ni ada-ada je program kat sekolah. Tahun ni sedikit kelainan sebab anak kedua aku dah mula ke asrama. Terasa kurang seorang anak aku. Tapi demi masa depannya.. aku reda. Aku tahu anak aku rasa berat sebab terpaksa diatur hidupnya oleh sekolah tersebut. Tiap malam jam 10.30 selepas prep mesti dia call aku. Satu hari satu kata-kata motivasi dimintanya.

Anak sulung aku patah kaki lak.. patutnya dah genap 6 minggu dibuka simennya tapi terpaksa dilanjutkan 6 minggu lagi. Kesian anak aku.. tension dia!!!! Mandi, hantar kesekolah, angkat beg dia dan segala-galanya aku nak kena buat. Anak-anak memang rapat ngan aku.... Anak lelaki aku setiap hari ada je nak cerita. Aku ni pendengar yang baik... Anyway aku gembira bersama mereka.