Wednesday, April 29, 2009

Sekelumit cuma

Dalam seminggu ni otak aku agak penat. Bukan penat pasal cik abang jauh berkursus tapi penat memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk seorang murid ni. Macam-macam aku dah buat masih belum menampakkan hasil yang boleh dibanggakan. Inilah dugaan yang paling mencabar sepanjang aku bergelar guru pemulihan. Aku tak akan mengaku kalah dalam perjuangan ini.

Petang tadi ketika kelas Bahasa Melayu, dia memang nampak benar-benar hendak belajar. Seronoknya dia sebab dah boleh sebut 5 perkataan kv+kv. Aku kena buat kerja lebih sikit untuk dia sorang ni.... Aku memang nak dia boleh mencapai target aku... Aku kesian tengok dia ni. Semua cikgu komplen tentang dia. Ishh! Aku memang tak berminat bab-bab komen mengomen ni. Dalam hal-hal begini aku suka memberikan pendapat yang positif. Tu sebab aku sebenarnya tak berapa suka gi keluar rehat sebab tak suka dok dengar perkara-perkara yang membosankan. Cubalah bincang bagaimana hendak mempertingkatkan mutu pengajaran kita di kelas, kan bagus tu.....

Nasib baik aku ni pandailah juga berinternet.... banyak info yang aku dah gunakan dalam kelas. Any way aku cukup respect pada my hubby. Dialah pendengar setia time aku dalam keluh kesah. Dia selalu memberi perangsang dan dorongan untuk terus usaha bersungguh-sungguh dalam membenteras celek huruf! Ohhh..... rindunya aku kat dia!

Monday, March 30, 2009

Menggalakkan perkembangan berkarya bagi anak-anak kecil


Berkarya..... Anak-anak kecil juga boleh dirangsang mindanya. Bagaimana?.. Cara yang mudah aku buat ialah dengan menyediakan doh yang aku uli sendiri. Caranya mudah je. Sediakan bahan berikut : 3 cawan tepung gandum,

1/3 cwn garam

2 sudu makan minyak sayuran (minyak masak pun boleh)

1 cwn air

7 titik pewarna

Semua bahan diuli sehingga menjadi doh yang cantik. Ajaklah anak-anak kecil kita berkarya. Menguli adalah salah satu melembutkan jari-jari mereka. Bila seronok menjalankan aktiviti bersama tentunya impaknya juga memberangsangkan. Kanak-kanak akan mudah belajar melalui aktiviti yang menyeronokkan. Yang pastinya bahan-bahan yang kita guna tidak bertoksik dan murah. Apa tunggu lagi.. cubalah hari ini bersama anak-anak.

Saturday, February 28, 2009

JALAN MENCINTAI NABI (Sempena Maulidul Rasul)


Langkah pertama untuk mencintai Nabi SAW ialah dengan memohon agar dicintai Allah terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah yang membolak-balikkan hati dan Dialah yang mengurniakan rasa cinta ke dalam hati. Mohonlah dipermudahkan agar kekasih-Nya, Rasulullah SAW juga menyintai diri kita sebagai umatnya. Barulah dengan itu menjadi mudah untuk kita menyintai kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Terdapat banyak hadis daripada Rasulullah SAW berkenaan dengan doa memohon kasih sayang Allah. Antaranya, daripada Abdullah bin Yazid al-Khutami ai-Ansari r.a.: Daripada Rasulullah SAW bahawa baginda berkata di dalam doa baginda: "Ya Allah! Berilah aku cinta-Mu dan cinta orang yang dicintanya memberikan manfaat kepadaku di sisi-Mu. Ya Allah, apa yang engkau kurniakan kepadaku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia kekuatan bagiku dalam hal yang Engkau senangi. Ya Allah, apa yang Engkau hindarkan dariku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia lowongan bagiku untuk hal yang engkau senangi."

(Riwayat Tirmizi)

Catatan 2009

A'kum.

Pembuka bicara bagi tahun 2009. Kengkangan masa... Jari jemari ni dah tak sabar2 nak mulakan berbloging. Dari awal tahun hingga la ni ada-ada je program kat sekolah. Tahun ni sedikit kelainan sebab anak kedua aku dah mula ke asrama. Terasa kurang seorang anak aku. Tapi demi masa depannya.. aku reda. Aku tahu anak aku rasa berat sebab terpaksa diatur hidupnya oleh sekolah tersebut. Tiap malam jam 10.30 selepas prep mesti dia call aku. Satu hari satu kata-kata motivasi dimintanya.

Anak sulung aku patah kaki lak.. patutnya dah genap 6 minggu dibuka simennya tapi terpaksa dilanjutkan 6 minggu lagi. Kesian anak aku.. tension dia!!!! Mandi, hantar kesekolah, angkat beg dia dan segala-galanya aku nak kena buat. Anak-anak memang rapat ngan aku.... Anak lelaki aku setiap hari ada je nak cerita. Aku ni pendengar yang baik... Anyway aku gembira bersama mereka.

Monday, August 25, 2008

Pengisian cuti


BERKURSUS!!!!!....


Cuti seminggu tapi kena kursus.... apa nak buat. Saya yang menurut perintah! Namun kursus kali ni syok jugak. Dapat jugak ilmu... Kekawan sporting giler..Okey, kita kan jumpa di kursus ketiga di Port Dickson (katanya le!) bulan Oktober nanti.

Thursday, August 14, 2008

boleh diamalkan

Tips menjaga kecantikan
  • untuk kecantikan mata - menundukkan pandaangan ( menjadikan mata bening dan jernih)
  • mulut - jujur dalam kata-kata dan jangan mengumpat
  • pipi - merah-merahkan pipi dengan malu
  • badan - supaya bersih dan wangi hendaklah bersabunkan istighfar
  • rambut - tutup aurat supaya rambut menjadi hitam
  • tangan - bergelangkan tawaduk dan bercincinkan ukhuwah
  • leher- berkalungkan kesucian iaitu maruah
  • mula - berbedakkan wuduk supaya bercahaya di dunia dan di akhirat

Wednesday, August 13, 2008

buat renungan

TANDA2 ORG YG EGO
  1. bila diberi jawatan rasa sgt seronok
  2. jika tak dilantik rasa tak senang
  3. jika dia seorang ketua-memberi arahan dgn kasar
  4. jika dia seorang pengikut-tak taat
  5. emosional
  6. cepat marah
  7. bergaul dgn org bawahannya hanya utk menonjolkan diri
  8. sukar menerima pendapat org lain
  9. tak suka kalau org lain bagi pandangan
  10. mencelah cakap org dalam majlis
  11. sgt suka kalau pandangannya diterima org
  12. tak berdoa slps solat
  13. tak suka sst kemajuan atas bantuan org lain
  14. suka tinggikan suara
  15. lengah2kan solat