Monday, July 21, 2008

Keindahan Umrah


Salam buat semua yang melayari blogku ini.


Pengalaman mengerjakan umrah adalah sesuatu yang indah untuk diceritakan. Setiap saat terasa amat berharga kerana perjalanannya terlalu singkat untuk itu aku perlu memenafaatkan peluang yang ada untuk melakukan ibadat. Jantung aku berdebar-debar dan tiba-tiba bertukar sedih dan sayu tatkala kaki menjejaki Kota Madinah, Kota Rasulullah s.a.w. Sukar untuk aku nyatakan di sini , hanya air mata menceritakan segala-galanya. Bila mana aku bersama yang lainnya dibawa ke tempat-tempat sejarah nabi, terasa betapa kesukaran dan kepayahan yang dihadapi dalam menyebarkan syiar Islam. Kesedihan aku kali ini tidak seperti aku membaca cerita-cerita perjuangan Rasulullah melalui buku kerana ianya disampaikan oleh seorang pemandu pelancong dari berbangsa jawa ,Indonesia. Bahasa yang disampaikan puitis sekali. Ianya menjadi lebih syahdu bila kita berhadapan di tempat berlakunya sejarah tersebut. Bersembahyang dan melakukan ibadat di dalam Masjid Nabawi , emmm... seronok sekali sebab suasana kedamaian dapat dirasakan di situ. Berdoa di Raudhah..

Selepas itu menunaikan ibadat di depan kaabah di Kota Mekah. Jam 2 pagi di sana tidak terasa terlalu pagi kerana kelonjak jiwa untuk menatap Kaabah adalah impian aku selama ini. Mula-mula melangkah masuk ke Masjidil Haram, rasa berdebar2 tidak terkata. Namun tiba-tiba terasa bagaikan sesuatu menerjah lembut menyelinap ke sanubari bersama-sama cahaya lampu yang menyinari kaabah. Allahuakhbar!!... Bagi umat islam sekeliannya, tiada tempat yang sedamai dan seindah tempatnya di sini. Pergilah jika ada peluang dan kesempatan... Semoga aku dipanjangkan usia untuk datang menunaikan Haji pada suatu hari nanti. Insyaallah.

1 comment:

azlanlin said...

Moga-moga, harapan dan impian akan menjadi kenyataan...Insyaallah! DO IT!