Saturday, September 21, 2024

SEKOLAH BARU

Sudah 8 bulan berada di SK (L) Bandar. Banyak benda yang aku belajar. Setiap apa yang kita rancang, tidak semestinya tertunai. Perjalanan setiap insan telah diatur. Rela atau tidak kau mesti akur. Itu lah kehidupan. Aku sentiasa mencari sisi baik yang aku akan hadap. Subhanallah...sangat banyak. Benar....hijrah , kau akan dapat lihat begitu banyak yang Allah nak bagi yang kau tidak pernah terfikir sebelum ini. Terima kasih Allah atas segala-galanya. 



Monday, November 19, 2012

Hari ini keputusan UPSR diumumkan. Biar pun agak lewat atas sebab-sebab yang tertentu, namun keputusan hari ini memang sangat-sangat dinantikan. Satu-satunya anak perempuanku juga merupakan pelajar yang kecut-kecut perut menanti keputusan diumumkan. Apa taknya..hari ini juga bermulanya Peperiksaan yang tidak kurang pentingnya di negeri Johor. Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Selepas selesainya exam tadi, semua pelajar dikumpulkan di surau sekolah untuk pengumuman keputusan UPSR. Awal2 lagi aku dah diberi `amaran' untuk tidak menghadirkan diri. Itu permintaannya. Pada aku..dia tetap anak perempuan ku yang paling `kiut' walaupun keputusannya hanya 4A 1B. Dia sudah buat yang terbaik. Aku dapat melihatnya setiap hari... kesungguhan yang ditunjukkan memang tidak dapat dinafikan. Dia memang bersungguh2 berusaha. Di sini lah aku terapkan betapa kuasa Allah mengatasi segala2nya. Biar pun dia sukar menerimanya tetapi tazkirah dari ku memang terkesan dihatinya. Aku nak dia redha. Alhamdulillah... malam ini dia kembali ceria.

gambar ketika darjah 2 memenangi acara bercerita

Tuesday, August 23, 2011

RAMADHAN KALI INI

RAMADHAN HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA. EMMM...TERASA MASIH BELUM PUAS BERADA DI DALAMNYA. SEGALA NIKMAT ALLAH YANG MAHA PEMURAH KIAN MENEMUI PENAMATNYA. ADUH!..SEDIH DAN HIBA TERASA. ADAKAH AKU BISA MENEMUI RAMADHAN DI TAHUN HADAPAN. YA..ALLAH KAU PANJANGKAN LAH USIAKU SEMOGA AKU DAPAT MENEMUI RAMADHANMU SEPERTI MANA RAMADHAN YANG SUDAH-SUDAH. SAAT-SAAT AKHIR INI AKU MEMOHON AGAR AKU DIBERI KESEMPATAN UNTUK MEMPERBANYAKKAN AMALANKU SESUNGGUHNYA KAU YANG MAHA MENGETAHUI AKAN ISI HATI INI.

Monday, May 3, 2010

KELAHIRAN KE LIMA


Alhamdulillah, aku kini sudah memiliki 5 orang cahayamata yang menjadi cahaya penerang hidupku. Kelahiran terbaru, Ahmad Aqil Ahnaf pada 30 Mac pada 11.50 malam begitu bermakna dalam liputan sejarah keluargaku. Segala dugaan dapat ditempuh dengan penuh rasa syukur yang tidak dapat diucap dengan kata-kata. Kini aku semakin sibuk mengurus rumahtangga agar lebih sempurna disamping membiasakan diri dengan jadual yang lebih padat. Terima kasih buat suami tercinta kerana sikap bertimbang rasa dalam segala hal.

Buat anak-anak kalian adalah sumber inspirasi ibu dalam segala-galanya. Semoga Allah memberi kekuatan extra buat ibu untuk memikul tanggungjawab yang begitu berat ini.

Monday, January 4, 2010

Selamat Datang 2010

Hari ni sesi persekolahan bermula lagi.......anak kecil aku yang baru berumur 4 tahun mula menjejakkan kaki buat pertama kalinya di sekolah tadika Kembara. Gembira , seronok dan teruja dapat ku lihat dari gerak lakunya. Budak2 sekarang, memang cukup berani!!!! Cukup menghantarnya di depan pagar.... dia terus memimpin tangan `teacher' nya (biarpun baru hari ini mengenali cikgu tersebut) masuk ke dalam kelas. Aku tinggalkan dia, terus ke sekolah.
Di depan pintu pagar sekolah... ibubapa telah lebih awal memenuhi kawasan sekolah. Emmm.. ramai betul! Fenomina biasa di awal sesi persekolahan. Time ni fikiran aku mula menerawang terkenang zaman kanak-kanak...........

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Setiap kali nak sambut Hari Guru pastinya aku terkenang akan wajah-wajah yang pernah mengajar aku dulu. Aku sering menyimpan hasrat untuk menemui mereka lagi. Aku cukup rindu saat-saat persekolahan yang pernah aku lalui. Masih ada lagi kah guru-guru ku dulu?
Aku .... ya aku juga kini adalah seorang guru. Adakah anak-anak didik yang pernah aku didik dahulu memikirkan saat-saat indah bersamaku dulu?
Kepada semua yang bergelar guru.... SELAMAT HARI GURU !!!!!!!

Wednesday, April 29, 2009

Sekelumit cuma

Dalam seminggu ni otak aku agak penat. Bukan penat pasal cik abang jauh berkursus tapi penat memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk seorang murid ni. Macam-macam aku dah buat masih belum menampakkan hasil yang boleh dibanggakan. Inilah dugaan yang paling mencabar sepanjang aku bergelar guru pemulihan. Aku tak akan mengaku kalah dalam perjuangan ini.

Petang tadi ketika kelas Bahasa Melayu, dia memang nampak benar-benar hendak belajar. Seronoknya dia sebab dah boleh sebut 5 perkataan kv+kv. Aku kena buat kerja lebih sikit untuk dia sorang ni.... Aku memang nak dia boleh mencapai target aku... Aku kesian tengok dia ni. Semua cikgu komplen tentang dia. Ishh! Aku memang tak berminat bab-bab komen mengomen ni. Dalam hal-hal begini aku suka memberikan pendapat yang positif. Tu sebab aku sebenarnya tak berapa suka gi keluar rehat sebab tak suka dok dengar perkara-perkara yang membosankan. Cubalah bincang bagaimana hendak mempertingkatkan mutu pengajaran kita di kelas, kan bagus tu.....

Nasib baik aku ni pandailah juga berinternet.... banyak info yang aku dah gunakan dalam kelas. Any way aku cukup respect pada my hubby. Dialah pendengar setia time aku dalam keluh kesah. Dia selalu memberi perangsang dan dorongan untuk terus usaha bersungguh-sungguh dalam membenteras celek huruf! Ohhh..... rindunya aku kat dia!

Monday, March 30, 2009

Menggalakkan perkembangan berkarya bagi anak-anak kecil


Berkarya..... Anak-anak kecil juga boleh dirangsang mindanya. Bagaimana?.. Cara yang mudah aku buat ialah dengan menyediakan doh yang aku uli sendiri. Caranya mudah je. Sediakan bahan berikut : 3 cawan tepung gandum,

1/3 cwn garam

2 sudu makan minyak sayuran (minyak masak pun boleh)

1 cwn air

7 titik pewarna

Semua bahan diuli sehingga menjadi doh yang cantik. Ajaklah anak-anak kecil kita berkarya. Menguli adalah salah satu melembutkan jari-jari mereka. Bila seronok menjalankan aktiviti bersama tentunya impaknya juga memberangsangkan. Kanak-kanak akan mudah belajar melalui aktiviti yang menyeronokkan. Yang pastinya bahan-bahan yang kita guna tidak bertoksik dan murah. Apa tunggu lagi.. cubalah hari ini bersama anak-anak.

Saturday, February 28, 2009

JALAN MENCINTAI NABI (Sempena Maulidul Rasul)


Langkah pertama untuk mencintai Nabi SAW ialah dengan memohon agar dicintai Allah terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah yang membolak-balikkan hati dan Dialah yang mengurniakan rasa cinta ke dalam hati. Mohonlah dipermudahkan agar kekasih-Nya, Rasulullah SAW juga menyintai diri kita sebagai umatnya. Barulah dengan itu menjadi mudah untuk kita menyintai kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Terdapat banyak hadis daripada Rasulullah SAW berkenaan dengan doa memohon kasih sayang Allah. Antaranya, daripada Abdullah bin Yazid al-Khutami ai-Ansari r.a.: Daripada Rasulullah SAW bahawa baginda berkata di dalam doa baginda: "Ya Allah! Berilah aku cinta-Mu dan cinta orang yang dicintanya memberikan manfaat kepadaku di sisi-Mu. Ya Allah, apa yang engkau kurniakan kepadaku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia kekuatan bagiku dalam hal yang Engkau senangi. Ya Allah, apa yang Engkau hindarkan dariku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia lowongan bagiku untuk hal yang engkau senangi."

(Riwayat Tirmizi)

Catatan 2009

A'kum.

Pembuka bicara bagi tahun 2009. Kengkangan masa... Jari jemari ni dah tak sabar2 nak mulakan berbloging. Dari awal tahun hingga la ni ada-ada je program kat sekolah. Tahun ni sedikit kelainan sebab anak kedua aku dah mula ke asrama. Terasa kurang seorang anak aku. Tapi demi masa depannya.. aku reda. Aku tahu anak aku rasa berat sebab terpaksa diatur hidupnya oleh sekolah tersebut. Tiap malam jam 10.30 selepas prep mesti dia call aku. Satu hari satu kata-kata motivasi dimintanya.

Anak sulung aku patah kaki lak.. patutnya dah genap 6 minggu dibuka simennya tapi terpaksa dilanjutkan 6 minggu lagi. Kesian anak aku.. tension dia!!!! Mandi, hantar kesekolah, angkat beg dia dan segala-galanya aku nak kena buat. Anak-anak memang rapat ngan aku.... Anak lelaki aku setiap hari ada je nak cerita. Aku ni pendengar yang baik... Anyway aku gembira bersama mereka.

Monday, August 25, 2008

Pengisian cuti


BERKURSUS!!!!!....


Cuti seminggu tapi kena kursus.... apa nak buat. Saya yang menurut perintah! Namun kursus kali ni syok jugak. Dapat jugak ilmu... Kekawan sporting giler..Okey, kita kan jumpa di kursus ketiga di Port Dickson (katanya le!) bulan Oktober nanti.

Thursday, August 14, 2008

boleh diamalkan

Tips menjaga kecantikan
  • untuk kecantikan mata - menundukkan pandaangan ( menjadikan mata bening dan jernih)
  • mulut - jujur dalam kata-kata dan jangan mengumpat
  • pipi - merah-merahkan pipi dengan malu
  • badan - supaya bersih dan wangi hendaklah bersabunkan istighfar
  • rambut - tutup aurat supaya rambut menjadi hitam
  • tangan - bergelangkan tawaduk dan bercincinkan ukhuwah
  • leher- berkalungkan kesucian iaitu maruah
  • mula - berbedakkan wuduk supaya bercahaya di dunia dan di akhirat

Wednesday, August 13, 2008

buat renungan

TANDA2 ORG YG EGO
  1. bila diberi jawatan rasa sgt seronok
  2. jika tak dilantik rasa tak senang
  3. jika dia seorang ketua-memberi arahan dgn kasar
  4. jika dia seorang pengikut-tak taat
  5. emosional
  6. cepat marah
  7. bergaul dgn org bawahannya hanya utk menonjolkan diri
  8. sukar menerima pendapat org lain
  9. tak suka kalau org lain bagi pandangan
  10. mencelah cakap org dalam majlis
  11. sgt suka kalau pandangannya diterima org
  12. tak berdoa slps solat
  13. tak suka sst kemajuan atas bantuan org lain
  14. suka tinggikan suara
  15. lengah2kan solat

Monday, July 21, 2008

Keindahan Umrah


Salam buat semua yang melayari blogku ini.


Pengalaman mengerjakan umrah adalah sesuatu yang indah untuk diceritakan. Setiap saat terasa amat berharga kerana perjalanannya terlalu singkat untuk itu aku perlu memenafaatkan peluang yang ada untuk melakukan ibadat. Jantung aku berdebar-debar dan tiba-tiba bertukar sedih dan sayu tatkala kaki menjejaki Kota Madinah, Kota Rasulullah s.a.w. Sukar untuk aku nyatakan di sini , hanya air mata menceritakan segala-galanya. Bila mana aku bersama yang lainnya dibawa ke tempat-tempat sejarah nabi, terasa betapa kesukaran dan kepayahan yang dihadapi dalam menyebarkan syiar Islam. Kesedihan aku kali ini tidak seperti aku membaca cerita-cerita perjuangan Rasulullah melalui buku kerana ianya disampaikan oleh seorang pemandu pelancong dari berbangsa jawa ,Indonesia. Bahasa yang disampaikan puitis sekali. Ianya menjadi lebih syahdu bila kita berhadapan di tempat berlakunya sejarah tersebut. Bersembahyang dan melakukan ibadat di dalam Masjid Nabawi , emmm... seronok sekali sebab suasana kedamaian dapat dirasakan di situ. Berdoa di Raudhah..

Selepas itu menunaikan ibadat di depan kaabah di Kota Mekah. Jam 2 pagi di sana tidak terasa terlalu pagi kerana kelonjak jiwa untuk menatap Kaabah adalah impian aku selama ini. Mula-mula melangkah masuk ke Masjidil Haram, rasa berdebar2 tidak terkata. Namun tiba-tiba terasa bagaikan sesuatu menerjah lembut menyelinap ke sanubari bersama-sama cahaya lampu yang menyinari kaabah. Allahuakhbar!!... Bagi umat islam sekeliannya, tiada tempat yang sedamai dan seindah tempatnya di sini. Pergilah jika ada peluang dan kesempatan... Semoga aku dipanjangkan usia untuk datang menunaikan Haji pada suatu hari nanti. Insyaallah.

Sunday, July 20, 2008

KERENAH ANAK DARAKU

Eemmm....

Setiap kali hari Ahad pastinya aku naik pening bila menghadapi kerenah yang sorang ni. Anak daraku yang satu-satunya ni pasti banyak kerenah. Merungut sebab tak ada kawan nak main bersama. Abang2nya dah tentu keluar main bola/basikal dengan geng2nya sedang kan dia aku amat takut untuk membenarkan dia keluar untuk bermain. Kalau boleh aku nak dia sentiasa ada di sisiku. Itu yang dia selalu mengomelkan aku.... Kata-katanya macam orang dewasa. Suami aku paling suka melayan. Manja betul!!!!
Macam2 permainan aku belikan supaya dia tak payah merengek untuk keluar. Kesian juga. Kekadang aku harap cepatlah dia besar. Kekadang angahnya lah yang jadi mangsa menemankan dia bermain. Itu pun aku terpaksa upah supaya dia setia meneman adiknya.

Kakak! Kakak! Itulah gelarannya....

Friday, July 18, 2008

Buah hati ibu



Time balik sekolah atau pun belajar dari OUM. Aku memang x sabar-sabar untuk pulang. Kenapa? Sebab nak berbual, bermain, dan bermesra dengan semua buah hati aku. Mereka adalah sumber inspirasiku untuk lebih berjaya. Amir Asyraf, Auf Iqbal, Anis Nabilah, dan manjaku Ahmad Nabil Fudhail.


Masing-masing ada karektornya tersendiri....... Anak-anak , ibu sayang kalian.

PERJALANAN HARI INI



Assalamualaikum pembuka bicara.


Biar pun pada mulanya bila disebut kursus sahaja, memang rasa berat untuk menghadirkan diri. Namun hati kecilku memang pandai menewaskan gelonjak jiwa yang memang agak malas ni.... dan kerananya aku hadir pada pagi ini dengan reda dan penuh bersemangat.

Aku memang minat benor bila nak belajar tentang ict. Selain memang nama aku `ct' , ianya memberi aku satu kelainan dalam mencari ilham. Seronok belajar sesuatu yang baru. Aku bangga mempunyai kekawan yang memang tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Insyaalah, kalian ku doakan mendapat ganjaran pahala yang tidak terhingga. ILMU sesuatu yang amat BERHARGA!


Lan, kau memang berjaya membuat kami' seronok' pada hari ini. Terima kasih juga selepas kursus, kami diberi pulak durian sebagai saguhati. REZEKI BETOI!!!!


Sekapur sirih


Salam ukhwah..


Sesungguhnya hari-hari yang dilalui pastinya membawa nostalgia yang manis untuk dipahat didalam hati.


Kesyukuran pada illahi atas kesempatan dalam melaksanakan blog ini. Ilmu tiada batasan, akan ku pergunakan sebaik mungkin agar ianya berfaedah dan memberi kesan secara sengaja atau tidak disangka-sangka.